Sabtu, Oktober 31, 2009

Aksi anak-anakku dalam program sekolah

Rasa Gelihati dan kagum berbunga di hatiku apabila aku melihat semangat yang berkobar-kobar pada diri anak-anakku dalam membuat persediaan untuk pelbagai program peringkat sekolah mereka.

Pada 28 Oktober 2009 yang lalu merupakan Hari Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolahku. Pelbagai acara menarik diadakan termasuklah acara deklamasi sajak yang dipelopori oleh anakku yang keempat iaitu Mohd Syakir B Mohd Bakri.



Lihatlah aksi-aksi anakku Mohd Syakir yang baru Tahun Lima ketika mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk.."Lahirlah masyarakat madani tanpa dadah."Anakku ini merupakan Johan Daerah Deklamasi Sajak Peringkat Daerah Kuala Pilah anjuran PPDa Kuala Pilah .Telah dua tahun berturut-turut beliau memonopoli tempat 'Johan' acara ini.Alhamdullilah.

Pada hari berikutnya pula iaitu pada 29 Oktober 2009, anak perempuan tunggalku dan bongsuku juga(buat masa nilah...hehehe) beraksi dalam acara Pertunjukkan Pakaian Kebudayaan Masyarakat Malaysia dalam Program RIMUP yang dianggotai oleh sekolahku,SK Undang Kamat Dan SJKC Yoke Hwa Air Mawang.


Haah...yang montel tu anakku yang kumaksudkan 'the only my daughter until now'...jangan perasan tau (hehehe).Nama dia Siti Sarah sekarang baru belajar dalam Tahun Dua tau .tapi..... badan dia..ehhhmmm...ehhmmm...jangan marah my darling...Dia mengayakan baju minangkabau...puas aku menjahit & menyiapkan kelengkapan baju tu...abih sampin raya ayah dia kena terlibat sama...hehehe

Disebabkan abang Syakir dia ada 3 posing dalam blog 'Danau Sakinah' aku nie..so gambar montel aku nie pun kenalah 3 posing jugak. kalau tak they all perang besar u see..hehehe



I luv both of u...Syakir & Sarah...my tombams...






Kepercayaan Masyarakat Melayu

Berikut ialah artikel pilihan yang sempat aku titipkan dari blog Dr Azwan yang menarik minat aku. Sebagai guru Sains aku turut terpanggil untuk sama-sama berkongsi maklumat yang kubaca di blog tersebut di dalam 'Danau Sakinah'ku ini.

Ikutilah ....
Terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan yang menjadi bualan dan buah mulut orang dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi tetapi sebenarnya kesasihannya tidak terbukti. Kepercayaan yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan adalah kepercayaan-kepercayaan tradisional terutama oleh masyarakat melayu. Kebanyakan kita memegang kepercayaan-kepercayaan ini seolah-olah seperti beriman kepadanya dan sukar diganggu gugat walaupun kebenarannya boleh dipertikai.


Mungkin ini adalah kerana kepercayaan ini disampaikan oleh ibu dan bapa kita, atau orang-orang tua yang seangkatan dengan mereka menjadikan ia suatu kefahaman yang dogmatik dan "mesti percaya" sebab mereka lebih "makan asam garam dahulu daripada kita". Saya tidak mengatakan kesemua kepercayaan-kepercayaan yang menjadi pegangan kita itu salah. Ada yang mungkin benar dan mempunyai penjelasan yang logik dan saintifik berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka. Tetapi yang menyedihkannya ialah terdapat kepercayaan tertentu yang menjadi amalan kita tidak selari dengan bukan sahaja sains tetapi juga agama Islam yang kita anuti.

Terdapat juga kepercayaan yang tidak beberapa karut atau tahyul malah ia adalah kepercayaan yang saintifik tetapi tidak betul. Kepercayaan saintifik ini meniti dari mulut ke mulut sehingga ia menjadi seolah olah betul. Peliknya yang saya lihat ia cuma berlaku pada masyarakat melayu sahaja.

Di antara kepercayaan karut masyarakat melayu :-

URI

Uri atau placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dikeluarkan selepas bayi dilahirkan dan masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak. Saya pernah bertanya kepada mak saya berkenaan dengan uri saya dahulu, dia kata uri saya ditanam dengan buku dan pensel... tu sebab saya jadi doktor.. hehehe....


Ada juga uri yang dicuci dengan bersih dan diletakkan garam, kemudian diletakkan paku-paku dan sebagainya. Walaupun ada sesetengan orang tua berkata, perkara ini menjadikan anak lelaki mereka pandai bertukang tetapi ia ada kewajarannya.

Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.

Isnin, Oktober 26, 2009

PERTABALAN TUANKU MUHRIZ IBNI AL MARHUM TUANKU MUNAWIR

Alhamdullilah...hari ini aku dan rakyat jelata yang menghuni Negeri Sembilan ini untuk mencari rezeki hidup mendapat cuti umum sempena Istiadat Pertabalan DYMM YDP Besar Negeri Sembilan , Darul Khusus.
Walaupun aku hanya perantau di negeri yang kaya dengan adat-istiadat dan lomang eh yang sodap...namun aku bangga dan turut bersyukur dengan berlangsungnya Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir ini.



Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Di atas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Bersama ini juga aku titipkan bersama gambar-gambar DYMM YDP Besar Negeri Sembilan yang terdahulu yang telah memerintah Negeri Sembilan suatu ketika dulu.


Pemerintah-pemerintah Negeri Sembilan (gambar di atas)


Aku juga ingin berkongsi informasi tentang 'Istiadat bersiram lakar sejarah' yang kupetik daripada salah satu artikel yang kubaca.



SERI MENANTI – Istiadat bersiram Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berlangsung dengan penuh tradisi di Istana Besar Seri Menanti, dekat sini, semalam.

Istiadat terpenting keseluruhan proses pertabalan Yang di-Pertuan Besar itu diadakan selepas istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti, Khamis lalu.

Kira-kira 5,000 orang termasuk rakyat jelata turut tidak melepaskan peluang menyaksikan istiadat penuh bersejarah itu, semalam.

Istiadat bersiram bermula 10.35 pagi apabila Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak sejauh kira-kira 500 meter dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada, sambil disusuli lapan das tembakan meriam.

Perarakan Takhta Rencana yang ditarik Pegawai 99 itu didahului kumpulan Rebana, diikuti pembawa alat kebesaran diraja, pembawa Cepu Bedak Limau.

Turut mengiringi adalah dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, serta kerabat diraja.

Sebaik saja baginda berdua bersemayam di Panca Persada, Orang Empat Istana menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau selepas mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali.

Selesai pusingan terakhir, Datuk Seri Amar Diraja, Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram dan Tuanku Muhriz kemudian mencelup kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau itu.

Datuk Seri Amar Diraja kemudian meletakkan semula Cepu Bedak Limau dan menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani.

Majlis diteruskan dengan persembahan kebudayaan iaitu pencak silat, tarian piring dan muzik tradisional cak lempong lagu ‘Raja Bersiram’.

Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad sebelum baginda berdua bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti disusuli lapan das tembakan meriam lagi.

Istiadat bersiram selesai kira-kira 12 tengah hari diakhiri majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti.

Rakyat jelata turut menikmati hidangan tengah hari di dua tempat berasingan iaitu di kawasan lapang berhampiran Istana Tasek dan padang Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir, di sini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; anggota Exco Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat rakyat serta ketua-ketua jabatan.

Hari ini, istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 akan berlangsung dengan penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti, disempurnakan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak selaku imam Undang Yang Empat.

Ahad, Oktober 25, 2009

AIR MATA

Sanubariku rasa tersentuh apabila membaca salah satu wadah yang ku perolehi daripada blog temanku. Ntahlah apa yang membuat aku tersentuh...samada pada wadahnya itu ataupun kerana imej yang disisip bersama. Wallahualam.

Aku rasa ada baiknya,wadah tersebut aku kongsi dengan kalian yang mengunjungi 'Danau Sakinah' ini.Tatapilah........

KISAH SI AIR MATA


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis


1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.sBeliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Sabtu, Oktober 24, 2009

Danau Sakinah

Salam perkenalan untuk semua....Alhamdullilah...akhirnya pada tarikh keramat ini aku berjaya mempunyai blog aku sendiri. Tiada kata yang dapat aku gambarkan perasaan seronok, gembira dan pelbagai rasa riang. Semoga kelahiran blogku ini akan menjadi satu laluan agar aku menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar hambaNya yang Dia inginkan.
Semoga juga blog ini menjadi laluan untuk aku terus memperolehi cahaya ketenangan dalam aku mengharungi liku-liku hidupku yang penuh dugaan dan cabaran.
'Danau Sakinah' yang merupakan nama blogku ini mempunyai makna yang tersirat di sebaliknya. Aku amat berharap cahaya ketenangan terus mewarnai kehidupan bersama suamiku,anak-anakku,ayahbondaku,adik-beradikku,anak-anak didikku, rakan-rakan guru yang seperjuangan denganku dan masyarakat yang berada disekelilingku.Sebab itulah aku memilih dan menamakan blogku ini 'Danau Sakinah' semoga segala yang ada pautan dengan diriku akan setenang air di danau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails