Ahad, Ogos 18, 2013

KENANGAN TERINDAH : KUMPULAN TADARUS RAMADHAN 1434H/ 2013

بسم الله الر حمن الر حي
  اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdullilah Ramadhan 1434H tahun ini...aku diberi peluang oleh Panitia Pendidikan Islam sekolahku untuk menjadi naqibah bagi Kumpulan Yaqin.

Bersama-sama ku ialah Siti Sarah yang juga merupakan anakku sendiri, Nurul Athirah Ibrahim kebetulan cucu saudaraku, Siti Nur Zulaikha Moham Shahrom dan Nur Syahindah Mohd Ismail yang merupakan murid-murid 6 Bestari.....


Semoga program ini dinilai Allah sebagai satu ibadah....

Ahad, Julai 28, 2013

MAJLIS PERPISAHAN PN KAMARIAH BT HARUN - GURU BESAR SK NURI

26 Julai 2013 merupakan tarikh terakhir Pn Kamariah berkhidmat di SK Nuri. Sejak aku bertugas di SK Nuri, beliau merupakan Guru Besar yang ke-4 yang sempat aku bersama pengurusan mereka.

Pada 2000 merupakan tahun pertama aku mejejakkan kaki di SK Nuri, ketika ini Cikgu Zainal B Adam meruakan Guru Besar SK Nuri.

Kemudian pada 2004 Pn Azizah Bt Ab Manan pula menerajui pengurusan SK Nuri setelah Cikgu Zainal Adam bersara.Pada tahun 2009 dalam pimpinan Pn Azizah telah  'melamar' aku untuk menyandang jawatan Guru Perpustakaan & Media (GPM) di SK Nuri...satu jawatan yang maha berat yg menuntut kesabaran & komitment yang tinggi serta yg penting sokongan keluarga khasnya suami & anak-anak. Apa tidaknya, kerapkali juga aku 'berumatangga ' di Pusat Sumber (PSS) bersama mereka apabila perlukan menyiapkan sesuatu tugas atau ingin lakukan perubahan. Alhamdulilah...keluargaku very understanding & sporting.

Kemudian pada 2010 Tn Hj Kadzri B Ibrahim pula memimpin SK Nuri setelah Cikgu Azizah Ab Manan berpindah ke SK Tampin.

Setelah itu, pada Mei 2011 Pn Kamariah Bt Harun pula menguruskan SK Nuri menggantikan Tn Hj Kadzri yang berpindah ke SK Astana Raja. SK Nuri merupakan sekolah pertama buat Pn Kamariah memegang jawatan Guru Besar. Sebelum itu, beliau merupakan GPK HEM di SK Kuala Pilah.

Secara peribadi Pn Kamariah merupakan Guru Besar yang ketiga saya menyandang jawatan sebagai GPM di sekolah sejak Pn Azizah Bt Ab Manan dan Tn Hj Kadzri B Ibrahim. Bagi saya bersama di bawah pengurusan & pimpinan Cikgu Kamariah saya berasa sungguh selesa dgn tugas saya sebagai GPM di SK Nuri. Beliau amat senang diajak berbincang dan setiap perbincangan pasti beliau akan mengeluarkan idea bernas untuk memastikan perancangan sesuatu aktiviti @ program itu berjalan lancar dan berjaya. Terima kasih cikgu atas jasa & sumbangan cikgu. Mohon maaf zahir batin.







Rabu, Julai 17, 2013

DOA UNTUK WANITA KETIKA HARI PERTAMA DATANG HAID

بسم الله الر حمن الر حي
  اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada salah satu blog yang sempat saya ziarah lewat malam tadi....semoga kita mendapat manfaat & rahmat Allah ...amin.



"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

"Alhamdulillahi `Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"

Ertinya:
Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.


Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.diambil daripada kitab yang bernamaDurratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi 

Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.
Baca ayat di atas kemudian lanjutkan dengan berdoa dengan perasaan rendah diri, khusyuk, dan penuh harapan dan sungguh2 yang lainnya seperti memilih waktu yg doanya di makbul yaitu waktunya mustajab seperti setelah shalat, hari jumaat, bulan ramadhan, tengah malam. dan satu sepertiga malam.

.

Ahad, Julai 14, 2013

KENANGAN SCIENCE STORY TELLING KASTEK 2013

Aku sebagai Guru Pembimbing dan sekaligus menjadi guru pengiring kepada wakil SK Nuri iaitu adik Nur Syahira Aziz dari 3 Bestari. Cerita beliau berjudul ' The Running Water'....

Pertandingan ini merupakan peringkat Negeri Sembilan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah diadakan pada 03 Julai 2013 bertempat di SMK Kg Si Rusa , Port Dickson. Tema cerita berunsur Sains dalam Bahasa Inggeris tau...walaupun ETeMS telah berkubur,,,,,,

Walaupun hanya mendapat penyertaan dalam pertandingan ini tetapi bagi aku yang penting ialah pengalaman dan cungkil bakat baru murid. Yang paling bestnyer aku dapat mengenakan costume ' Little Bee' pada Shahira. Custome ini merupakan milik anak daraku Siti Sarah semasa beliau juga membawa cerita ini empat tahun yang lalu semasa beliau Tahun 2 lagi...huhuhuhu

Wakil sekolahku kali ini iaitu adik Nur Shahira merupakan Pengawas Pusat Sumber SK Nuri yang tidak popular & menonjol perwatakkannya...mungkin kerana dia murid agak pendiam...tetapi siapa sangka dia mempunyai semangat & daya keyakinan diri yg amat besar serta mengagumkan....aku bangga dengan dia! Tambahan pula mendapat sokongan & kerjasama daripada parent Shahira.

Bersama bingkisan ini aku iringkan sekali gambar  gambar kenangan yang sempat aku rakam sepanjang pertandingan ini berlangsung.


  Nur Shahira bersama aku di luar dewan

 Nur Shahira cool selepas sahaja persembahannya...ada yag belaiu terlupa 3, 4 ayat ...x pe yang penting penyampaian jelas n confident ....

                                            Sempat berlatih lagi.....

 
 cute n suwiiiiit...

 
 Dipasang mikrofon.....

  
menunggu giliran.....

 
 sangat bersahaja.....

 


keyakinan yang tinggi....

  Nur Shahira diinterview,,,,,,

 Tatty anak rakan sejawat GPM ku Ruzita Abu Bakar dr  SK Tampin juga turut mengambil bahagian....terserlah betapa komitmennye u Ita...huhuhu


Juruacaran penjaga masa

 Jom lihat pelbagai  costume peserta - peserta SST KASTEK tahun ini......

























Selasa, Julai 09, 2013

SALAM RAMADHAN 1434H / 2013H




بسم الله الر حمن الر حي
  اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
selangkah...
demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...

puasa...

satu amalan...
sebagai mana yang diperintah NYA...
moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu...
membelenggu diri...
tiada henti henti...

tak inginku...
biarkan ramadhan...
berlalu saja...
tuhan pimpinlah...
daku yang lemah...
mengharungi segalanya...
dengan sabar...
kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

kememohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kumerayu pada tuhan...
diterima amalan...
selangkah...
demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
kutempuh jua...
* Salam Ramadhan untuk semua...moga Ramadhan kita pada kali in lebih baik daripada Ramadhan yang lalu....amin.... Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi kerinduan yang maha hebat ini terhadap arwah anakandaku Muhammad Syakir B Mohd Bakri yang telah pulang kepangkuan-Mu setahun yang lalu. Ya Allah rahmatilah roh anakandaku ini...permudahkanlah segala urusan kuburnya dan lapangkan kuburnya serta terangilah kuburnya....amin Ya Allah amin..." 

Ahad, Jun 16, 2013

Mengapa berlaku Israk Mikraj?



بسم الله الر حمن الر حي
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdullilah....semalam aku, bersama suami & satu-satunya anak perempuanku telah berkesempatan menghadiri satu majlis ilmu iaitu Majlis Ceramah Sempena Israk Mikraj tahun ini.

Majlis ini telah diadakan di Masjid Kampung Ulu Yoh, Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan agak tidak jauh daripada rumah kami pada jam 8.00 malam dan kami pulang sekitar jam 10.50 malam.

Yang paling best penceramahnya laaa.....salah seorang penceramah yang amat aku minat siapa lagi kalau bukan Ustazah Asni Bt Abu Mansor Al Hafizah.

Di antara pengisian ceramahnya yang menyentuh hatiku ialah huraian peristiwa-peristiwa yang menyebabkan kesedihan Rasullullah saw hingga tahun itu dikenali dengan Tahun Kesedihan.

Berikutan peristiwa - peristiwa tersebut la Baginda Rasullullah saw mengalami peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa-peristiwa tersebut ialah :-
1. Kematian bapa saudara Baginda saw iaitu Abu Talib
2. Enam bulan selepas itu, Baginda saw kehilangan isteri kesayangan baginda iaitu Siti Khadijah
3. Kegagalan Baginda saw menyampaikan dakwah di Thoif.

Di antara peristiwa di atas....peristiwa kegagalan Baginda berdakwah di Thoif la yang paling menyentuh hatiku.....tidak mampu rasanya aku hendak membayangkan bagaiman agaknya keadaan Rasullulah saw yang dituduh gila dan dibaling batu hingga tercedera kaki Baginda saw. Akibatnya Baginda saw terpaksa keluar daripada Thoif dengan menggunakan siku akibat ketidakmampuan berjalan disebabkan kecederaan kaki ayang parah. Sehingga ada Kampung 'Siku' di situ sempena peristiwa ini.

Begitulah di antara pengisian ceramah Ustazah Asni...sambil2 tuh beliau ada jugak buat 'iklan' umrah & ziarah di Thoif & Pelestine...buat aku teruja nak ke sana untuk  menyertai rombongan ustazah Asni suatu hari nanti...InsyaAllah ...moga Allah memakbulkan doaku & mempermudahkan urusanku...amin Ya Allah amin.

Khamis, Februari 14, 2013

Jom baca Surah Al-Kahfi di malam Jumaat

 

بسم الله الر حمن الر حي
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tadi ada terbaca status fb kakak iparku Ude Noor Aini yg berbunyi mcmni ... "Antara amalan sunnah pada malam Jumaat adalah membaca surah Al Kahfi. Jom kite pakat ramai2 baca malam ni".....
Owh....baru aku tahu.....Ini satu info yg aku belum tahu....
So aku pun teragak nak melihat kelebihannya dgn tanya 'pakcik google' ler....
Jadi aku telah memilih artikel daripada salah satu blog yg menarik...aku harap tuan punya blog mengizinkan aku menyebarkan ilmu mereka ini. Semoga kita sama2 mendapat manfaatnya dan mendapat rahmat Allah....amin.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)
*Baca di sini untuk ketahui sebahagian usaha bagi melindungi diri dari fitnah Dajjal:

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Klik pada gambar untuk membaca surah al-Kahfi.  Selepas klik, jika masih kecil saiznya, klik pula pada permalinkdi dalam paparan tersebut.
Atau boleh juga klik sini:  Al-Quran Flash atau Al-Quran Explorer.
Bacaan surah al-Kahfi oleh Sheikh Sa`ad bin Sa`id al-Ghamidi:

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.  Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails