Jumaat, Jun 08, 2012

Rensensi Artikel Pilihan :Mencipta Syurga Rumahtangga


بسم الله الر حمن الر حي

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku baru jer berkesempatan membaca majalah Solusi Isu 29...Isu yg dibentangkan ialah Apakah formula untuk mencipta syurga rumahtangga?

Untuk menjawab isu ini pembaca telah diajak untuk sama -sama membuka minda dan berani menyelam ke dasar atau asas pembentukan keluarga yang bahagia. `Syurga dunia' bermula dalam rumah tangga kita- "Baiti Jannati' ( Rumahku Syurgaku).

Rumahtangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga.


Aku tertarik dengan salah satu petikan artikel ini iaitu .." Fikir dan renungkanlah sejenak ....Apakah peranan kita dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia yang akhirnya menyumbang kepada penghapusan masalah dan salahlaku jenayah masa kini."

Hatiku terdetik....Apakah perlu suami selaku pemimpin keluarga yang hebat pekerjaannya atau hebat kedudukannya atau hebat hartanya atau hebat kewangannya? Kalau ditanya pada aku...aku setuju sangat dengan tips dalam artikel Solusi yang aku baca ni iaitu......Segala-galanya berpandu kepada 3 aspek iaitu:

  • a) IMAN sebagai dasar
  • b) SYARIAT jadi amalan
  • c) AKHLAK jadi budaya

So renung-renungkan la dalam kita mengejar mencari keredhaan dan kasih sayang Allah sebagai hamba-Nya yg kerdil ini.

Khamis, Jun 07, 2012

Info bulan Rejab

بسم الله الر حمن الر حي

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdullillah...berkat kasih sayang-Nya aku masih lagi berkesempatan berjumpa bulan Rejab lagi pada tahun in. Memang sudah agak lama aku tidak menjenguk blog 'Danau Sakinah' ini. Masa terlalu terhad. Macamane pun pada kali ini sempena bulan Rejab yg juga dikatakan Bulan Allah ( wahuallam) ini ingin aku kongsikan beberapa info tentang bulan Rejab yg aku dapat dr blog http://www.al-azim.com/masjid/rejab/index.htm dalam pencarian kita mendapatkan kasih sayang Allah, semoga kita sama-sama dapat manfaat...amin

Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa - peristiwa yang berlaku dalam Sejarah Islam ketika bulan Rejab

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Sabtu, Februari 18, 2012

Kongsi Ilmu Jaga Kereta :)

بسم الله الر حمن الر حي

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ilmu ini aku dapat semasa aku mencari2 info tentang bahan cerita anakku Sarah. Seronok baca may b sebab aku sendiri tak pandai bab ni...huhuhu...anyway thx pada Cerciter Ilmu....
Penjagaan Kereta Yang Rapi

• Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
• Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian.
• Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.
• Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.
• Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan USIA.
• Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.
• Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.
• Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.

Pemeriksaan berkala elak terkandas

Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah pretasi serta keselamatnnya.

Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan.

Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.

Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.

Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti.

Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh.

Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaran dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.

Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku.

Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendir, seperti bunga dan tekanan again tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan again tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan kos.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian - bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri.

Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak.

Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar.

Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas.

Pastikan anda menggantikan minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.

Sabtu, Februari 11, 2012

Bila Permata Hati Jauh Di Mata

بسم الله الر حمن الر حي

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Permata Hatiku Yang Ketiga - Muhammad Syahmi


Permata Hatiku Yang Sulung & Yang Bongsu - Muhammad Syafiq & Siti Sarah



Permata Hatiku Yang Keempat & Yang Bongsu - Muhammad Syakir & Siti Sarah bersama suamiku

Permata Hatiku Yang Kedua - Muhammad Amir Syahid ....yg ni mmg susah nk begambar :))


Astagafirullahilazhim....Syafiq sejak dah abis kontrak kerja kerani ni dah jarang balik rumah....bz katanya....terpaksa buat dua kerja siang and malam....Syahid baru jer telefon aku tadi ...dari suaranya aku meneka dia x sihat...betul rupanya...


Aduhai...hati jadi x tentu arah bila mata kita x bertentang dgn anak2 yg jauh di perantauan..ok ker x ? solat ker x? makan ker x? sihat ker x? Selagi x tgok dgn mata sendiri , selagi itulah hati kecilku ini berkata-kata.

Namun bila diajak hati ini supaya bertenang & pasrah pd Allah...persoalan di atas terjawab....yakinlah pada bantuan Allah....bykkn berdoakan pd Allah...hatiku berbisik.

Ya Allah ...Kau peliharalah aku, suamiku, kedua ibubapa kami & anak-anak kami Muhd Syafiq, Muhd Amir Syahid, Muhd Syahmi , Muhd Syakir serta Siti Sarah daripada gigitan binatang yg berbisa , gangguan jin & syaitan serta pandangan manusia yg jahat. Berikanlah kami kesihatan yang baik. Peliharalah kami daripada penyakit yg berbahaya & sukar diubati. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah. Permudahkanlah segala urusan kami di dunia & akhirat kelak. Murahkan rezeki kami....andai kata rezeki kami masih di dalam bumi keluarkan lah, andai kata masih di atas langit turunkanlah,andai kata masih jauh dekatkan lah, andaikata sukar permudahkanlah & andaikata haram sucikanlah...amin

Ahad, Februari 05, 2012

Jom Kenal Kekasih Allah - Nabi Muhammad SAW Nabi Junjungan Kita

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di bumi Malaysia ini dan seantero dunia..Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh berlakunya ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia.


Aku nak share apa yg aku dapat dari web page yang aku baca tadi yg mungkin ada di antara kiter tak tahu...termasuklah aku....Jom kita lebih mengenali idola yang selayaknya bagi kita di muka bumi ini iaitu Nabi Muhamad S.A.W .

Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaanya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.
Di belakang tubuh Baginda juga terdapat tanda kelahiran seperti cop yang tertulis “Khatamun-Nabiyyin”. Sekiranya cop ini tiada pun, Baginda tetap menjadi Nabi. Ia cuma sebagai “syabasi”, seperti tanda penghargaan misalnya kita selalu menepuk belakang seseorang apabila mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.
Rasulullah SAW lahir hari isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Pada tahun itu tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang untuk meruntuhkan kaabah. Apabila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan orang orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah.
Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk di bawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu makin dekat rupanya sekumpulan burung burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Bila tentera Abrahah tiba burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tanpa terkecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran, surah Al-Fill.
Setelah peristiwa itu Abdul Mutallib tawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur kerana ia diselamatkan oleh tuannya. Kemudian berita kelahiran Nabi SAW pula sampai kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah (yang masih bayi kemerahan lagi) ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah dan tawaf sekali lagi.
Tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan paderi Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu keempat empat orang ini bila pulang, masing masing berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Khamis, Februari 02, 2012

11 Golongan Manusia Yang Didoakan Oleh Malaikat


Kali ini aku ingin sharekan ilmu yang aku dapat drp salah sorang blogger yg menambat tangkai hati aku untuk merenung setakat usiaku ini sejauh mana aku telah berusaha untuk mendapat rahmat Allah & menjalankan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya.

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Ahad, Januari 29, 2012

Tips nak kenal pembolehubah dalam Sains UPSR - Bahagian B

As cikgu yg mengajar subject Sc UPSR....da byk perubahan syllbus subjek ni...namun soalan2 Bahagian B dlm format Sains UPSR selalunya dianggap 'killer' bgi semua murid. Betul x my dears.....Bg u all soalan Bahagian B ni teramat-amat sukar .

Tapi sebenarnya....Bhg B Sains ini ada certain keyword that u all need to know and to master the skills...klau u all da faham & master all the keywords tuk Bahagian B ni confirm u all boleh jawab soalan Bhg B ni mcm petik jari jer or mcm makan kacang jer....sonang bona....:)

Ape-ape pun u all kena minat kt subjek Sains ni, klu tak minat pun kena paksa minat...hihihihi

Ok ...ada 3 pemboleubah yg sering dijumpai dlm Bhg B ini iaitu:
a) Pembolehubah dimanipulasi ( dlm BI - Manipulated Variables/ What To Change)
b) Pembolehubah bergerakbalas ( dlm BI - Responding Variables/ What To Observed / What to measured)
c) Pembolehubah dimalarkan( dlm BI - What to kept the Same / Fixed Variables/ Constant Variables)

* lain cikgu lain singkatan variables yg digunakan...nak-naknyer skrg ni da bilingual...ada cikgu yg guna PDM tuk Pemboleubah dimanipulasikan...etc...so yg penting u all faham ok...:)


Bil

Jenis soalan

Klu / Katakunci yang MESTI diguna

1.

Pembolehubah :



a) Pembolehubah DiManipulasi (PDM) / Manipulated Variables (MV)


b) Pembolehubah Bergerak balas (PBB)/ Responding Variables (RV)


c) Pembolehubah Dimalarkarkan(PMR)/ Contants Variables (CV)

berdasarkan pada soalan yang kita lihat / perhatikan atau pada gambar rajah/ pernyataan / jadual yang diberi dalam soalan.


- ‘berbeza’, diubah’, berlainan’ ,‘tidak sama’



- 'selepas’, ‘keputusan’, ‘hasil’/pemerhatian / ekperimen



- ‘sama’

Isnin, Januari 16, 2012

Ya Allah......Bantulah aku Ya Allah!

بسم الله الر حمن الر حي

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku sepi dalam keriuhan.....
Diriku bagaikan jauh terbuang.....
Irama yang berkumandang.....
Tak daya mengikiskan.....
Kau yang jauh selalu kukenangkan....

Tetiba jer tersentak bila dengar suara Jamal Abdillah nyanyi lagu nih kt sinar fm masa tengah drive tdi....Dah lama aku tidak menjenguk di sni...bukan tak ingat tapi tak terbuat dek sibuk sgt dgn mcm2 keje, tjwb & ntah2 ape2 lagi....aku tak pandai urus masa kot....

Dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ni berbagai nikmat Allah yg aku nikmati....alhamdullilah



Namun...dlm suka pasti ada duka....dlm tempoh itu juga aku turut diduga Allah utk mguji diriku yg serba lemah ini dan byk dosa ini. Insyallah kupohon Allah berikan aku kekuatan-Nya utk aku mghadapi dugaan Allah ini. Andai ini merupakan penghapus dosa-dosaku yg lalu sama ada dosa besarku mahupun dosa kecilku...aku redha Ya Allah. Terasa betapa kerdilnya aku ini.....Ya Allah


Aku sedar tiada tempat yg lebih layak untuk aku mengadu melainkan hanya pada-Mu Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah,hanya Engkau yang aku sembah dan hanya pada Kau aku menyerah. Pohon kurniakanlah aku dan ahli keluargaku keimanan, ketaataan, taufik, hidayah, keberkatan, kerahmatan,kebahagiaan, keselamatan dunia & akhirat. aminnnnn!

Lindungilah kami sekeluarga daripd gigitan binatang berbisa, sengatan syaitan berbisa dan pandangan manusia yg jahat & bhasad dengki. aminnnnn!

Peliharalah kami sekeluarga drp bahaya & kekejaman manusia ..amin...amin...amin Ya Rabbal Alamin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails