Semoga DANAU SAKINAH umpama tasik yang menenangkan mata , minda , jiwa dan hati yang menatapnya. Blog ini juga kujadikan medan perkongsian ilmu untuk subjek Sains Sekolah Rendah yang merupakan opsyenku. Semoga catatan BILA CIKGU SAINS BERBICARA @ DANAU SAKINAH ini menjadi ilmu dan ikhtibar serta ibadah untuk kita semua serta diberkati Allah SWT....amin.
Rabu, November 25, 2009
Pencapaian Akhir Tahun
Tahniah buat anakku Siti Sarah yang mendapat beberapa hadiah bagi beberapa pencapaian di dalam Peperiksaan Akhir Tahun SK Nuri dan sekolah KAFAnya.
Peperiksaan SK Nuri, beliau mendapat hadiah bagi GPC terbaik. Walaupun dapat GPC terbaik,sebenarnya terdapat kemerosotan dalam keseluruhan markah Chik Kak i ni.....Lepas ni, cuti sekolah kena 'mandi latihan' la gamaknyer.mandi laut kemudian la ye ..hehehe.
Tapi alhamdulilah...dia banyak peningkatan untuk sekolah KAFA dia. Pertengahan tahun dulu dapat kedudukan kelima, la ni dia dapat kedudukan ketiga pulak...Kalau pencapaian macam ni ..layaknye mandi kolam dalam bilik air je kot..hehehe.
Anyway...belajar rajin-rajin lagi tau...
Anakandaku yg sorang lagi kat sekolah yang sama dgn Siti Sarah iaitu Syakir....ok gak pencapaian dia berbanding pertengahan tahun hari tu..cuma tak de 'A' jer...sumenya 'B'. tak pe lah janji lulus semua,lagipun dah itu yang dia mampu perolehi setakat ini.
Tapi...dia ni pun nak kena 'mandi latihan' gak coz next year dia UPSR. Aku ingat nak ode hose bomba kot nak mandikan dia...baru dia leh 'sedar' nak belajar sungguh-sungguh...hehehe. Disebabkan pencapaiannya yang kurang terserlah ini..dia tak nak aku masukkan gambar dia yang tombam tu... saba jelah...
Tinggal Kenangan...Peserta Tarian Tahun Enam
Peserta ini semua merupakan anak-anak muridku yang baru saja tamat persekolahan Tahun Enam mereka.
Aksi manja mereka dengan 'guru singa' mereka....akulah tu..hehehe. Jelmaan 'singa' tu jadi bila ada 'aksi-aksi melampau' dari mereka... All that happened because I luv u all..
Nak tiru sampin P Ramlee
SELAMAT PENGANTIN BARU
Aku dan Kak Kuziah , sempat hadir ke majlis pernikahan beliau yang berlangsung pada 21 Nov yang lalu dan majlis kenduri-kendaranya pula pada 22 Nov keesokan harinya. Kebetulan aku sampai sama dengan Kak Nor Zrah.
Dari kiri : Aku, Kak Nor Zrah, Kak Linda(pengantin), Gee dan Safura sempat berposing.
Isnin, November 16, 2009
Kaedah dan Adab Berdoa
Agak lama aku tidak menjengah blogku ini...Sekarang ini memang bz giler...Lagi sekolah nak tutup lagi macam-macam kerja yang kena dibereskan...
Tambaha plak student PJJ macam aku ni lagi laa...masa ini la jugak assigment nk kena hantar..Ya Allah kuatkan la semangat aku demi untuk kesejahteraan hidup keluarga ku dan ilmu yg dapat ku kongsikan dengan hambaMu yang lain..
Rase tak sah kalau da jengah ni tak kongsi apa-apa atau doing something changi in here...
So...aku ingin kongsikan 'Kaedah dan Adab Berdoa' yg aku baca daripada salah satu akhbar tabloid kegemaranku...
· Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.
· Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.
· Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.
· Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak di samping perut anak jari menghadap ke atas.
· Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.
· Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.
· Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).
· Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.
· Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.
· Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).
· Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:
· “Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.
· Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali
· Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.
· Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.
· Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah.
Rabu, November 11, 2009
Tips Mendidik Anak.
Bingkisan ini ingin saya kongsi bersama semua pengunjung blog 'Danau Sakinah'. Ia juga untuk peringatan saya juga tapi khas saya tujukan buat 'Nita'....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
INGAT SIHAT SEBELUM SAKIT....agar hubungan kita dengan DIA (kekasih kita) tidak terhalang dan terganggu
Ini sekadar perkongsian ilmu......
BILA usia semakin meningkat, antara masalah sering dialami ialah tegang otot dan sakit sendi, terutama bagi individu yang kurang aktif dan jarang bersenam.
Bagi yang berbadan besar, mereka ada satu masalah tambahan iaitu sakit lutut dan khususnya apabila mahu bangun daripada duduk atau menaiki tangga.
Sakit lutut sebenarnya berpunca daripada sakit sendi yang dialami 23 peratus rakyat negara kita berumur 55 tahun ke atas. Daripada jumlah ini, 39 peratus adalah warga emas berusia lebih 65 tahun.
Secara umumnya wanita lebih ramai mengalami masalah sakit sendi berbanding lelaki. Ia mungkin disebabkan tugas wanita yang tidak pernah habis kerana wanita kini bukan saja bersama-sama bekerja mencari rezeki, tetapi juga perlu membereskan kerja di rumah, termasuk menguruskan anak.
Ini sebabnya lelaki yang mendakwa mereka ‘lebih gagah’ dan sayangkan isteri perlu berganding bahu membantu menguruskan rumah tangga supaya sendi insan tersayang tidak menerima terlalu banyak bebanan.
Walaupun penuaan antara faktor risiko kepada masalah osteoartritis di mana sendi boleh mengalami kemerosotan, ia bukan penyebab penyakit itu. Berita baiknya, masalah sakit sendi boleh dielak dengan mengamalkan beberapa kaedah perlindungan dan penjagaan mudah.
Menurut Perunding Reumatologi Hospital Selayang, Dr Asmahan Mohamed Ismail, perkara paling penting ialah jaga badan (supaya bukan saja mudah bergerak tetapi nampak lebih cantik) dan melakukan aktiviti yang boleh menggerakkan sendi dengan cara bersenam.
Pilih jenis senaman yang bersesuaian dengan diri sendiri. Mereka yang tidak pernah bersenam dan ada masalah kesihatan disaran berbincang dulu dengan doktor untuk mengelak masalah yang mungkin timbul.
Namun secara umumnya senaman ringan seperti berjalan cepat, menari, tai chi, berenang atau berbasikal memberi kesan positif kepada sendi kita.
Untuk mengelak kecederaan, jangan lupa mulakan senaman dengan gerakan memanaskan badan badan dan diakhiri dengan regangan.
Usah bertangguh untuk melakukan perkara baik; dan senaman adalah cara paling mudah untuk menyayangi badan. Ia bukan saja membantu mengembalikan keanjalan sendi, tetapi turut berguna untuk menguatkan otot.
Lebih banyak kita bersenam, kita ada peluang lebih besar untuk mencegah masalah ketegangan dan sakit sendi. Kajian Universiti Queensland, Australia ke atas wanita pertengahan umur (48 hingga 55 tahun) dan warga emas (72 hingga 79 tahun) mendapati senaman secara sederhana yang dilakukan dengan tetap boleh mengurangkan masalah sakit sendi.
Walaupun kesannya tidak dilihat pada wanita pertengahan umur, secara keseluruhan semuanya mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding kumpulan yang tidak bersenam.
“Pengurangan berat badan sangat penting bagi individu yang mengalami masalah sakit sendi. Penurunan sebanyak lima kilogram berat badan bermakna kita berjaya mengurangkan beban sebanyak 15 hingga 30 kilogram yang ditanggung lutut.
“Ubat untuk osteoartritis ada dua jenis iaitu analgesik (ubat tahan sakit) dan ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) yang bertujuan mengurangkan radang pada sendi. Ubat analgesik biasa seperti paracetamol juga sangat baik dan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.
“Namun kebanyakan doktor lebih suka memberi NSAIDs kepada pesakit kerana kesannya lebih kuat. Hanya 2.5 peratus doktor memberi ubat analgesik biasa kepada pesakit. Walaupun NSAIDs dianggap lebih baik, ia ada kesan sampingan.
“Doktor sepatutnya berbincang dengan pesakit terlebih dulu mengenai pemilihan ubat. Kajian tempatan menunjukkan analgesik biasa dapat mengurangkan kesakitan pada 77 peratus pesakit yang membolehkan mereka melakukan kerja harian dengan lebih baik.
“Kesannya bertambah baik jika rawatan dilengkapi dengan senaman,” katanya pada Kongres Awam Tulang dan Sendi anjuran Yayasan Artritis Malaysia.
Menyayangi sendi bukan dengan duduk diam tanpa menggunakan anggota berkenaan, sebaliknya ia perlu digerakkan supaya menjadi lebih anjal dan kuat.
Walaupun kebanyakan masalah sakit sendi boleh diatasi dengan pengambilan ubat, kebimbangan terhadap kesan sampingan ubat moden menyebabkan semakin ramai pesakit mula beralih kepada rawatan alternatif.
Memang benar semua ubat ada kesan sampingan, tetapi peratusannya masih jauh lebih kecil berbanding manfaat yang diterima.
Laporan disiarkan dalam Risalah Kesihatan Harvard April 2008 menyatakan, tujuh masalah kesihatan boleh ditangani tanpa mengambil ubat; iaitu melalui senaman.
Pendekatan tanpa ubat ini terbukti boleh meningkatkan kualiti hidup dengan syarat ia dilakukan secara berdisiplin, bersungguh-sungguh dan teratur.
Artritis — Pengurangan berat badan akan mengurangkan beban yang perlu tanggung oleh sendi, terutama lutut, tulang belakang dan buku lali. Bagi yang tidak perlu mengurangkan berat badan pun, senaman boleh melegakan kesakitan sendi
Kolesterol — Paras kolesterol buruk (LDL) menurun sebanyak lima peratus jika anda menjauhi makanan kaya lemak tepu. Selain mengambil lebih banyak sumber serat, senaman membantu memudahkan penurunan paras kolesterol darah
Menguatkan ingatan — Walaupun latihan otak (seperti membaca, mengira, membuat kerja kreatif) penting untuk menguatkan ingatan, senaman fizikal juga memberi kesan positif terhadap kesihatan minda
Kemurungan — Senaman dapat membantu mengurangkan kesedihan dan kemurungan kerana apabila kita bersenam, badan menghasilkan hormon endorfin yang membuat kita berasa gembira dan selesa
Kencing manis — Senaman secara teratur boleh menjadi ubat berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Bersenam membolehkan otot menjadi lebih sensitif terhadap insulin yang bertugas mengangkut gula dari dalam darah dan dipindahkan ke sel untuk digunakan sebagai tenaga. Pada masa sama, pesakit perlu mengawal pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan manis dan berkarbohidrat.
Tekanan darah tinggi — Masalah ini boleh dikawal dengan menurunkan berat badan melalui senaman dan kurangkan pengambilan garam
Osteoporosis — Senaman mengangkat beban memberi tekanan kepada tulang. Tisu tulang akan bertindak balas dengan menambah kekuatan dan ketumpatan tulang yang secara tidak langsung mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu banyakkan pengambilan kalsium dan vitamin D.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam dan gerakkan sendi anda!
Berdiri tegak, jangan membongkok. Postur badan yang baik secara tidak langsung melindungi sendi lutut, pinggul dan tulang belakang.
Buat senaman mengikut kemampuan anda. Usah lakukan aktiviti yang menyakitkan badan. Juga jangan cuba bersaing dengan orang lain kerana keadaan, tahap kesihatan dan daya ketahanan kita berbeza.
Dengar dan fahami kehendak badan. Berhenti jika anda terasa sakit, terlalu penat atau terasa hendak pitam.
Guna sendi besar apabila hendak mengangkat barang.
Jangan terlalu paksa diri. Atur waktu untuk melakukan aktiviti cergas dan rehat.
Jangan jadi statik. Justeru, alih kedudukan anda selepas tempoh tertentu.
Minta bantuan — dapatkan maklumat mengenai jenis senaman, tempoh, tanda masalah yang mungkin timbul (jika anda menghidap penyakit tertentu)
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk bersenam.
Sabtu, November 07, 2009
SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBU TERSAYANG
Semoga emak sihat, tenang dan panjang umur serta di dalam perlindungan Allah selalu dengan berkat dan rahmatNya.
"Mak...orang sayng mak'...hati kecil ku terharu juga...bila kenangkan aku tidak berpeluang memeluk dan mengucup tangan dan pipi ibuku di hari lahirnya ini...tapi...inilah dugaan aku anak dagang.
Walaupun aku jauh di perantauan, namun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibuku.
Insyallah..aku akan singgah bertemu ibuku dalam perjalananku menyudahkan tanggungjawab sebagai pelajar PJJ USM pada 29 November nanti.