Isnin, November 16, 2009

Kaedah dan Adab Berdoa


Agak lama aku tidak menjengah blogku ini...Sekarang ini memang bz giler...Lagi sekolah nak tutup lagi macam-macam kerja yang kena dibereskan...
Tambaha plak student PJJ macam aku ni lagi laa...masa ini la jugak assigment nk kena hantar..Ya Allah kuatkan la semangat aku demi untuk kesejahteraan hidup keluarga ku dan ilmu yg dapat ku kongsikan dengan hambaMu yang lain..
Rase tak sah kalau da jengah ni tak kongsi apa-apa atau doing something changi in here...
So...aku ingin kongsikan 'Kaedah dan Adab Berdoa' yg aku baca daripada salah satu akhbar tabloid kegemaranku...

· Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.

· Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.

· Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.

· Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak di samping perut anak jari menghadap ke atas.

· Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.

· Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.

· Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).

· Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.

· Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.

· Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).

· Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:

· “Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.

· Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali

· Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.

· Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.

· Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails