Ahad, Disember 27, 2009

HARI ASYURA (10 MUHARAM) IBARAT GERBANG BULAN AMALAN





Hari yang dinamakan Hari Asyura sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk menempuh tahun baru 1431 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.

Amalan baik dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan memasak bubur Asyura.

Apa juga amalan baik boleh dilakukan pada hari itu dan hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.

Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti dianjurkan Islam.

Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.

Amalan puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya, juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.

Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.


Peristiwa penting pada 10 Muharam
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah .
2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
8. Nabi Isa diangkat ke langit.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah mencipta alam.
15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17. Allah menjadikan Arasy.
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Perkara - perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram 1431, bersamaan Ahad, 27 Disember 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
--> fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
--> fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
--> fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
--> fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
--> fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah
--> fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
--> fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
--> fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak
--> fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
--> fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
--> fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
--> fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
--> fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
--> Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
--> fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka


Selasa, Disember 15, 2009

DR. SAKINAH & 'NUR SAKINAH'


Seronoknyer aku dapat berganbar dengan salah seorang yang memang aku bangga dengan 'ketokohan' mereka. Inilah Dr. Sakinah Abu Bakar yang merupakan pensyarah Kesusasteraan Melayu di PJJ,USM.
Aku memang minat giler pada peribadi dan ilmu yang ada pada Dr. Sakinah ni...giler sangat macam bahasa orang muda sekarang. Aku harap Dr. Sakinah tak kisah aku paparkan gambar dia di blogku ini.
Ini merupakan satu penghargaan buat aku...
Buat Dr. Sakinah Abu Bakar..."Terima kasih atas segalanyer...halalkan segala ilmu yg telah dicurahkan selama hampir empat tahun ini.."

Mengapa 'NUR SAKINAH' pilihanku

Salam siber buat semua yang mengikuti blogku ini. Walaupun tak seberapa, namun aku berbangga kerna memiliki blogku sendiri sesuai dengan kemajuan zaman siber..tak lah orang kata 'out of date'.hehehe.

Alhamdulilah aku masih berkesempatan berada di ruang ini. .
Pada peluang ini aku nak share atau nak membongkar sejarah nama 'NUR SAKINAH' dalam kamus hidupku. Sementelah ramai yg dah bertanya nape aku guna nama tu pd identitiku.

Almaklumlah....Sejak aku ada blog dan facebook ni, ramai la pulak musykil tiba2 je aku ada nama 'NUR SAKINAH' tu..Pelbagai andaian yg aku dengar. Ada pulak yg kata nama NUR SAKINAH tu aku amik sempena nama pensyarah Kesusasteraan Melayu ku di USM,Penang yg bernama DR. SAKINAH ABU BAKAR. ish...ish..ish...memang la, seperti yg u all tau...aku memang minat giler kat pensyarah tu .

Tapi hakikatnyer nama NUR SAKINAH tu dah lama aku gunakan sebelum aku masuk USM lagi . Maksudnya mmg x kena mgena langsung dgn nama Dr. Sakinah Bt Abu Bakar tuh....

Wujudnyer nama tu bukan sebab nama sebenarku 'NOR HAYATI' yg didaftarkan dalam surat beranak aku tuh tak sedap didengar atau tak baik meaning dia.. kalau ditafsirkan makna 'NOR HAYATI' tu dah cukup cantik dari segi maknanya jika diterjemahkan dari Bahasa Arab...iaitu 'CAHAYA HIDUPKU'. best kan...?

Sebenanyer nama NUR SAKINAH tu aku terberkenan ketika aku membaca sebuah novel remaja ketika aku berada di Tingkatan Dua, di Pudu English Secondary School,Kuala Lumpur...Aku tak ingat judul novel tu..tapi watak utama novel tu ialah 'NUR SAKINAH'. Perwatakan dan latar belakang 'NUR SAKINAH' yang dlm novel tu memang sebijik macam aku. Dia anak sulung kpd adik-beradik yg ramai...akupun anak sulung ada 8 orang adik lgi ramai drp dia, dia kak long yg 'nakal' ...aku pun macam tu jugak, dia selalu dimarahi oleh maknyer...aku pun ape kurangnyer, tapi ayahnyer selalu jadi pembelanyer...sama lah jugak dgn aku..anak ayahla katakan, dia nakal kat sekolahnye yg terdiri daripada pelajar perempuan...kebetulan akupun sama gak macam tu....Kalau tak kanlah pengetua pd ketika itu yg bernama Pn Rajendra familiar sgt dgn aku. Kesian Pn Esah yg merupakan Guru Tingkatanku melayan kerenah Ketua Kelasnyer yang 'nakal' ni..hehehe

Tapi ada satu elemen pd watak 'NUR SAKINAH' yg membuat aku rasekan amat terharu dan tertusuk tangkai hatiku.hingga memberi impak kepada hatiku yg dulunyer 'kering' di mana gadis yg 'nakal' ini dan yg tidak pernah merasa ketenangan dalam diari hidupnyer, jiwanyer selalu bergelora dan ingin memberontak akhirnyer tunduk atas kesedaran dan berkat taufik serta hidayahNya. Kehidupannyer berubah selepas mendapat kasih sayang Allah. 'NUR SAKINAH' selalu tabah dan yakin bahawa ALLAH ITU MAHA ADIL. Setiap pemberian-NYA pada kita sama ada bahagia atau duka pastinya ada hikmahnyer.

Itulah serba sedikit mengapa aku memilih nama NUR SAKINAH selain nama NOR HAYATI dalam pengenalan identitiku di mana jua tempat yg blum tahu identitiku , dengan harapan NUR SAKINAH yang bermaksud CAHAYA KETENANGAN akan selalu menyelubungi CAHAYA HIDUPKU (namaku dlm bahasa arab) sepanjang aku melalui liku-liku hidup yg penuh ranjau dan onak yang bisa menjerumuskan hidupku ke lembah kehidupan yg merana dan merugikan andainyer aku tiada NUR SAKINAH dalam kamus hidupku dalam aku membuat sebarang keputusan dalam hidupku.

Jumaat, Disember 11, 2009

KENANGAN DI PESTA PULAU PINANG

Petang semalam aku memenuhi permintaan sahabatku Zurina yg meminta aku menghantarkannya ke bus stand Sg Nibong. Zurina nak balik ke Seremban untuk menemui anakanda kesayangannya Anas.
Bak kata pepatah 'Sambil menyelam minum air'. Aku pun mengajak sahabat-sahabatku yang lain iaitu Fizah dan Anidah turut serta menemaniku ke bus stand tu. Agenda utama kononnyer nak hantar Zurina, tetapi sementara menunggu basnyer sampai kamipun mengambil peluang singgah masuk ke Pesta Pulau Pinang.
Lihatlah gambar-gambar kenangan yang sempat dirakamkan. Kalau ditakdirkan tahun ini kami akhir PJJ di USM, rasenyer entah bila lagi kami berpeluang menjejakkan kaki ke pesta ini.

Anidah , Zurina dan aku di depan pintu masuk Pesta Pulau Pinang..alhamdulilah kami telah bersama sejak Tahun Kedua hingga Tahun Akhir di PJJ USM ini, walaupun bilik terhad untuk berdua saja...biasalah pandai adjust...hehehe

Aku bergambar bersama Zurina dan Fizah yang merupakan rakan 'seMajor' ku...
Sempat berposing ketika melakukan Spa Ikan dengan "Doctor Fish" seperti Garra Rufa...bila lagi nak manjakan kaki.
Aduhai geramnyer aku dengan teddy bear yg gebu-gebu ni. Aku dapat duga macamana aksi Sarah anakku bila dia tengok aku berposing dengan teddies bear ni...hehehe


Haaa...bukan aku sahaja, tengoklah aksi seorang lagi mak budak ni....Anidah rase macam nak berpaut pada kaki bear yang besar tu agaknye...hehehe


Adikku Fizah ni memang control ayu abih...orang solo la katakan...
Seronok gak bila dapat sama dengan kekawan macam ni sesekali. Tapi bila dah rase seronok ni automatik sure teringat kat family,especially anak-anak yang jauh di mata.
Keluargaku ....panjang umur dan murah rezeki kita datang sini ye...

Belajar Tugas Sepanjang Hayat

Rindunya aku pada 'Danau Sakinah' dah tak tertanggung...Dah lama aku tidak bersapa di sini...
Sejak 29 November yang lalu dan insyallah hingga 20 Disember 2009 ini aku akan menjadi warga USM...jadi student PJJ USM...
Alhamdullilah dapat gak aku sampai ke Tahun Akhir PJJ ku ini . Semoga terus sukses hingga ke hari konvo pada tahun 2010 nanti..amin.
Ingat kan dah di final year ni akan kureng bz...mananyer....jgn harap... Just imagine sejak jejakkan kaki kt USM ni, bz giler dibuatnyer...dgn assingments,oral test dan thesis. Alhamdulillah setakat ni semuanyer under control berkat doa suami, anak2 dan mak ayah aku lah tu...
Geng semajor Kesusasteraan Melayu memang spoting belaka termasuk pensyarah-pensyarah Sastera memang best...especially Dr Sakinah Abu Bakar yg merupakan supervisor thesis final year aku. Beliau mmg special.
Tak lupa gak pada kawan-kawan sekereta Zurina dan Anida yg menemani aku drive dari Johol sampailah ke USM ni....
Buat kali ni aku nak share gambar-gambar lokasi menarik yg terdapat dalam USM, Penang ni.

Haa..inilah salah satu pintu masuk ke USM . Terdapat 3 pintu masuk yang utama ke USM Bukit Gambir yang paling dekat dgn hostel Saujana tempat aku n the geng menginap.Tengokla betapa sayupnyer mata memandang lokasi hostel Saujana, Restu dan Tekun yg duk atas bukit...kok terpaksa jalan kaki memang mengancam gear lutut kiter dibuatnyer...sabar jelah ...bukan senang dapatkan segulung ijazah kan?


Yang ini plak, Cafe Desasiswa Saujana tempat aku dan kekawan mengisi perut, cafe ni buat aku bertambah rindu kat masakan emak aku dan asam pedas darling aku (suami aku ler) nape? tak caya......

Mana aku pergi pun nilah tempat lepak yg akan aku cari dulu ..kot ada ler... tasik USM memang 'sakinah' bila kita lepak kt sini. Kalau petang lagi best kita boleh tengok pelbagai variasi orang berjogging..macam-macam style..betul Ina n Ida...hehehe. V all ada nostalgia bila sebut orang jogging kat tasik USM ni.



Ini pula masjid USM, selain menumpang tempat utk melunaskan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya, ini jugaklah tempat aku melepaskan lelah sementara menunggu kuliah seterusnyer..nak balik hostel bekilo-kilometer...
Sumber ilmu...inilah Perpustakaan Hamzah Sendut 2
Hah..yg ini pulak Dewan Tunku Syed Putra tempat berhimpun semua pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Akhir.
Macam inilah rupa salah satu dewan kuliah yang ada kt USM ni. Bilik tutorial pun ada , tapi kecil lagi daripada dewan kuliah ni.
Ok ler...lain kali aku masukkan plak gambar-gambar aku dengan kekawan yang dah sama-sama final yer k ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails