Ahad, Disember 27, 2009

HARI ASYURA (10 MUHARAM) IBARAT GERBANG BULAN AMALAN





Hari yang dinamakan Hari Asyura sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk menempuh tahun baru 1431 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.

Amalan baik dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan memasak bubur Asyura.

Apa juga amalan baik boleh dilakukan pada hari itu dan hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.

Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti dianjurkan Islam.

Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.

Amalan puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya, juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.

Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.


Peristiwa penting pada 10 Muharam
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah .
2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
8. Nabi Isa diangkat ke langit.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah mencipta alam.
15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17. Allah menjadikan Arasy.
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Perkara - perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram 1431, bersamaan Ahad, 27 Disember 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
--> fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
--> fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
--> fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
--> fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
--> fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah
--> fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
--> fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
--> fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak
--> fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
--> fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
--> fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
--> fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
--> fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
--> Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
--> fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails