Sabtu, Disember 25, 2010

BROWNIES OREO ... ikut selera aku :)



Actually resipi awal aku dapat drp adikku Kak Lang atau nama glemer dia Aton. Dia ni mmg giler masak & bolelah dikatakn our 'Home Chef'...(haa kak lang...aku da bagi anugerah ni kat ko..so nmpaknyer lpas ni aku goyang kaki jer kt ruma mak tu...ko je lah yg masak kak lang oi....hehehe)

Resipi asalnyer mmg clas sedap tapi manis giler...mmgkn aku ni da masuk 'alamantik' kan so kenalah jaga body & healthy...so aku modified sikit resipi asalnya. Lagipun resipi asalnya plain jer so aku tambah almond * cashewnut... jangan mare haa :)

Bahan-bahannya :
225gm butter
240g cooking choc
3 large eggs
1 tsp coffee powder (aku guna nescafe je...sama gak dlm golongan spesis cofee :)
1 tsp esen vanilla
220g castor sugar
60g flour
40g cocoa powder *
1/2 tsp baking powder *
1 tsp salt *
( yg aku tanda * tu means u all need to mix them together)
1 1/2 packs oreo cookies ( break n mix with 60g flour - kat sinilah aku lebihkn tepung tuk reducekn kemaniasan brownies yg sodap ni...)
1 bungkus cashew nut & 1 bungkus almond - aku beli yg da ready to eat tu jer yg sebungkus RM2 then cincangkan.

Method:
1. Melt choclate & add butter, stir untill smooth.(double boil)
2. Whisk egss, coffee, esen vanila & sugar until smooth. (aku guna blender jer)
3. Add in chocolate mixture & stir well.
4. Fold in flour mixture untill well mixed.
5. Finally fold in oreos.
6. bake 170 C for 45 min. ( aku guna periuk bingka tu jer & then aku tengekkn atas dapur gas aku jer...buat mcm masak kuih bingka tu...coz aku malas nk kuarkn oven aku tu...hehehe)


* cuba la....mmg kesukaan anak2 aku baik yg kecik mahupun yg da besar2 tu..:0

Khamis, Disember 23, 2010

MAJLIS MERAIKAN ANAK- ANAK YATIMKU SEMPENA HARI ASYURA (10 MUHARAM)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

* Berikutan dengan perkongsian ilmu di atas & atas niat untuk merebut peluang mencari keberkatan & keredhaan Allah SWT , maka aku & suami telah plan untuk meraikan anak-anak yatim kami dengan mengadakan jamuan makan malam secara kecil - kecilan sahaja..

Kalau lima tahun dulu anak-anak yatim kami ini berlima, tapi apabila usia semakin menjangkau kini mereka hanya tinggal bertiga sahaja. Mereka ialah Muhammad Syahmi, Muhammad Syakir & Siti Sarah.


Juadah makan-makan yang diadakan secara kecil-kecilan. Hubby aku belanja sate ayam & kambing. Memandangkan anak dara aku yang sorang tu dah lama sebut nak rasa sate kambing macamana. Tapi beli 10 batang jer. Dah kata nak rase jer kan....hihihi.
Donut & agar-agar cendol aku buat together dengan Syahmi, Syakir & Sarah sendiri. Nuget tempura & french fries tu Syakir yang goreng...
Alhamdulillah rezeki Allah, kami seronok & bersyukur sangat. Especially, akulah coz bila aku kenangkan hubby aku kini yg amat penyayang pd anak-anakku walaupun mereka bukan darah daging dia. Terima kasih suamiku...semoga Allah terus memberkati keluarga kami dengan limpahan rahmat-Nya...amin.

Rabu, Disember 22, 2010

Agar - agar cendol

10 Muharam lepas , hubby aku bercadang nak belanja anak-anak yatim kami makan-makan sempena Hari Asyura. So, aku pun plan nak watkn side menu untuk majlis kecil2an ni. Aku plan nk watkan agar-agar cendol jer. Tapi aku x de resipi yang paling tepat. Aku just try jer...aku ikut buat macam agar2 santan gula merah jer...hihihi.

Anak-anak & hubby aku kata sodap...:)

haaa...nilah rupanyer. Aku rasa kalau yg bahagian bawah tu guna santan jer x yah campur gula merah lagi ok. Coz cendol2 tu akan nampak lagi jelas. Yang aku buat ni cendolnyer aku letak banyak sikit coz anak2 & hubby aku suka cendol.

Bahan-bahan:
1 peket agar-agar
6 cawan air
3 cawan cendol
2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
1 biji putih telur
1 cawan santan
sehelai daun pandan- disimpulkan

Cara buat :


1.Rebus agar-agar bersama air, gula merah dan gula pasir bersama daun pandan.

2.
Bila semua dah larut tapis bahagikan kpd 2 bahagian.
3. Bahagian pertama masukkan cendol & then biarkan ia beku.
4. Kemudian preparekn bahagian kedua pula iaitu bahagian yang bersantan.
5. Pukul telur & campurkan dalam santan.

6. Kacau rata dan masukkan ke dalam rebusan agar-agar
yg bahagian kedua tadi dan didihkan .
7.Kemudian , curahkan bahagian kedua ini ke atas bahagian pertama yang telah beku tadi.
8.Biarkn sejuk n then masuk dalam peti ais.

9. OK ..da ready tuk dimakan...yummy...sejuk jer bila agar-agar ni lalu kat tekak kita...hihihi

Selasa, Disember 21, 2010

Kita Berpisah Lagi.....

(buat sahabatku Allahyarham Azlina Nordin yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Disember 2010)




Dulu...
bertahun-tahun lamanya
kita bersama melakar sejarah persahabatan
kita bergandingan meratahi suka dan duka
seiringan menempuh cabaran dan dugaan hidup.


Namun...
setelah genap usia... kita terpaksa berpisah
berpisah untuk mengejar impian masing-masing
berpisah untuk mencari haluan hidup sendiri
hingga kita terlupa rupa paras masing-masing
dek kerana hampir suku abad usia berpisahan kita.


Setiap perpisahan pasti ada pertemuan...


Tempohari...
kita bertemu semula
kita sempat bertanya khabar
kita sempat bergurau- senda
kita sempat mengungkit sejarah silam bersama
kita sempat mendengar suara masing-masing yang telah mula dimamah usia
aduhai...manisnya saat itu walaupun hanya sekadar bersapa di alam maya.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...


Tanggal 06 Muharam 1432H...
kita berpisah lagi...tanpa sempat zahir bersapa
kita berpisah lagi...pabila dirimu dijemput pergi oleh Maha Pencipta
kita berpisah lagi...pabila dirimu meninggalkan dunia sementara ini buat selamanya
oh...pedih...
pilu...
sayunya hati ini...


Semoga dengan perpisahan ini ...
dirimu akan ditempatkan-Nya dalam golongan hamba pilihan-Nya
semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya...amin.


Ntah bila...
kami pula pasti akan menyusulmu....waallahuallam.

Ahad, Disember 19, 2010

Donut mudah, confirm gebu & sedap ....

haaa inilah tuan punya badan yg request sy buatkn donut ni.....hehehe... Hubby i & ank2 sume kata sedap & lembut...u all cuba la pulak :)

  • Bahan-bahan:
  • 700gm tepung gandum
  • sebungkus peket kecil yis segera
  • sebutir telur dipukul
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 biji sederhana besar kentang - dibuang kulit, direbus & dilecek
  • 1 sudu besar gula pasir
  • bancuhkan 2 sudu teh garam dengan air suam secukupnya untuk mengadun bahan -bahan di atas
  • gula icing secukupnya untuk menyira/menggolekkan donut yang telah digoreng
  • minyak untuk mengoreng

  • Cara:
  • Gaulkan dan ramaskan tepung,yis,telur,majerin,kentang dan gula hingga rata. Kemudian, masukkan air garam suam sedikit-sedikit dahulu dan uli hingga adunan tidak melekat di jari ketika kita mengulinya.
  • Biarkan adunan selama 10 minit
  • Bentukkan adunan dengan acuan donut tapi kalau tak ada acuan boleh guna gelas & tutup botol jer yang macam saya buat.
  • Kemudian goreng hingga yellowish then golekkan dalam gula icing. Kalau nak mudah masukkan dulu gula icing tu dalam loyang.
  • K...da siap utk dimakan.....

Sabtu, Disember 11, 2010

PART 1 : ALBUM REUNION PESS, KL BAGDE 1981-85


  • Kenangan Terindah bersama kekawan semasa study kat Pudu English Girl School(PESS) Kuala Lumpur. Skrg ni sekolah tu dah tukar nama Sekolah Menengah Perempuan Pudu.
  • Lokasi : The Mines, Selangor
  • Tarikh : 28 November 2010
  • Masa: 12. tengah hari hingga 4.30 petang
  • Kehadiran: Aku, Shebby, Rizana, Napsiah,Ani,Anida,Maheran,Norafidah,Noraini,Hanin, CT Sariah dan yang last sampai...Saira..hehehe...padahal ruma dia kt Bukit Belimbing, Balakong jer tu...saba jela...:0
  • Walaupun x ramai tapi cukup gamat dibuatnyer....huhuhu
  • Masa ni jem giler coz org ramai berpusu2 nk gi pameran MAHA kat Serdang. Alhamdulillah aku sampai awal...Aku bawak anak dara aku Siti Sarah menemankn aku ke sini. Al maklumlah dah lama aku tinggalkan KL ni...:)

Jumaat, Disember 10, 2010

PERKONGSIAN ILMU: ZIKIR & PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH

Semalam aku, suamiku dan anak-anakku Sarah, Syahid dan Syahmi telah meluangkan masa ke majlis ilmu , alhamdullillah bertemu dengan Cikgu Nor Zrah yang bersama anaknya Sofya. Butiran majlis ilmu tersebut adalah seperti yang berikut:

  • PROGRAM : BICARA SUFI

  • LOKASI : BALAI KEDIAMAN RASMI YTM UNDANG LUAK JOHOL

  • TARIKH: 09 DISEMBER 2010 BERSAMAAN 03 MUHARRAM 1432H

  • MASA: 8.30 MALAM

  • ANJURAN BERSAMA: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN & BALAI UNDANG LUAK JOHOL

  • PANEL: ABDUL MANAM B. MOHAMAD AL-MERBAWI DRP. UNISZA

Cenderamata 1: Buku program

PENGISIAN: IMPAK ZIKIR :-
  1. Alat untuk pembentukan akhlak
  2. memberi kesedaran atau iktibar
  3. menyedarkan hati yang lalai
Cenderamata 2: majalah Al - Tariq

SAMBUNGAN PENGISIAN.....

  • 4. dapat memadamkan nafsu yang melalaikan
  • 5. dapat membuangkan penyakit hati
  • 6. hati akan tenang sekiranya zikir dijadikan amalan lidah


Cenderamata 3: Ayat 3, Ayat 5, Ayat 7 dan Ayat 33 yang dipetik drp Kitab Safinah al-Salamah karangan Tuan Hj Ahmad B Hj Mohd Said


LAGI SAMBUNGAN PENGISIAN...
  • 7. dapat membina ketauhidan kita
  • 8. memantapkan iman kita
  • 9. pembuka hijab rohani

Cenderamata 4: Taqwim 1432 Hijrah


KESIMPULAN:
  • Zikir merupakan tongak ata tiang agama untuk mendekatkan diri kita pada Allah.
  • Zikir yang paling khusus & 'power' ialah kalimah "LA ILA HA ILLALLAH"
*Semoga sebaran ilmu ini dapat kita jadikan iktibar dalam hidup kita sebagai hamba_Nya. Semoga hidup kita semua dalam barakah Allah & dilindungi-Nya...amin.

Isnin, Disember 06, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432 HIJRAH

Satu lagi perkongsian ilmu....


  • Salam Maal Hijrah 1432 kepada Semua Muslimin dan Muslimat. Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA.

  • Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.

  • Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.

  • Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

  • Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.

  • Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21

  • Allah juga telah berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3

  • Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak.” Hadis riwayat Muslim

  • Imam Syafi’I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur:
  • “Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.”

  • Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

  • Doa Awal dan Akhir Tahun

  • Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

  • Berikut adalah doa yang dimaksudkan:Akhir tahun


  • "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".


  • Doa Awal tahun



  • "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".


  • Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

  • Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

  • Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

  • Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

  • Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

  • Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

  • Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

  • Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama’-ulama’ luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

  • Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
  • “Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

  • Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
  • “Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawtir

  • Ibnu Mas’ud pernah berkata yang bermaksud:
  • “Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).”

  • Ibnu Abbas juga pernah berkata:
  • “Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.”

  • Kesimpulan

  • Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

  • Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
  • “Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat.” Hadis riwayat Muslim

  • Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
  • “….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”

  • Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

  • Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

  • Sekian. Wassalam


  • Rujukan
  • Fatwa Islamiyah
  • -Sheikh Abdul Aziz bin Baz
  • -Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
  • -Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
  • -The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
  • Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad Khilafiah, Bid’ah dan Maslahah Umum Oleh Ustaz Basri Ibrahim

  • Bid’ah Menurut Ahli Sunnah- Oleh Rasul Dahri

  • Du’a – The Weapon of the Believer - Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails