Khamis, Februari 14, 2013

Jom baca Surah Al-Kahfi di malam Jumaat

 

بسم الله الر حمن الر حي
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tadi ada terbaca status fb kakak iparku Ude Noor Aini yg berbunyi mcmni ... "Antara amalan sunnah pada malam Jumaat adalah membaca surah Al Kahfi. Jom kite pakat ramai2 baca malam ni".....
Owh....baru aku tahu.....Ini satu info yg aku belum tahu....
So aku pun teragak nak melihat kelebihannya dgn tanya 'pakcik google' ler....
Jadi aku telah memilih artikel daripada salah satu blog yg menarik...aku harap tuan punya blog mengizinkan aku menyebarkan ilmu mereka ini. Semoga kita sama2 mendapat manfaatnya dan mendapat rahmat Allah....amin.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)
*Baca di sini untuk ketahui sebahagian usaha bagi melindungi diri dari fitnah Dajjal:

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Klik pada gambar untuk membaca surah al-Kahfi.  Selepas klik, jika masih kecil saiznya, klik pula pada permalinkdi dalam paparan tersebut.
Atau boleh juga klik sini:  Al-Quran Flash atau Al-Quran Explorer.
Bacaan surah al-Kahfi oleh Sheikh Sa`ad bin Sa`id al-Ghamidi:

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.  Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan.

Selasa, Februari 12, 2013

Layakkah Kita Dapat 'Peguambela'?

بسم الله الر حمن الر حي
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masih terngiang-ngiang ceramah ustaz dlm program Tanyalah Uztaz pagi semalam &pagi tadi....tajuk " Persediaan Mati". Terlupa pula nama uztaz tersebut yang mirip rupa arwah bapa saudaraku Pak Ngah Harun...semoga roh arwah Pak Ngahku dirahmati Allah....amin.

Terasa gentar dibuatnyer bila mendengar & menghayati intipati uztaz tersebut....

MATI .....dah ready ker kiter? Sepatutnya kiter always be elert n well prepared dgn persiapan 'mati' tapi selalunyer dek kerana terlalu bz dgn hal n tjwb duniawi ade ketikanya menyebabkan kita lupa pd 'mati' yg bila-bila masa akan datang kepada kiter tanpa signal....hanya mereka yg mahir sahaja sedar petunjuk Allah akan signal maut menghampirinya. Oleh itu adalah sunat kita selalu mengingatkan mati agar kita takut melakukan dosa & selalu mencari peluang menambah pahala.




Uztaz tersebut juga menyampaikan...Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Daripada ceramah tersebut terdapat dua statement  uztaz tu yg buat aku tertanya2 pd diriku :-

1. Sudahkah cukup aku mendidik anak- anakku menjadi anak yg soleh & solehah yg boleh mendoakan aku jika aku ditakdirkan mati?
Anak soleh & solehah yang akan mendoakan dari mula saat aku menghembuskan nafas terakhir, kemudian ketika aku dimandikan, ketika aku dikapankan, ketika aku disolatkan,ketika aku diusung, ketika aku dimiringkan di liang lahad & ketika aku dikuburkan serta ditinggalkan keseorangan di tanah perkuburan.
Ya Allah...aku mohon Kau doronglah hati anak-anakku Mohd Syafiq, Mohd Amir Syahid, Muhammad Syahmi & Siti Sarah menjadi anak -anak yg soleh & solehah yg akan selalu mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan aku dunia & akhirat. Begitu juga dgn arwah anakandaku yang disayangi Muhammad Syakir...golongkanlah arwah dalam golongan anak-anak yg soleh....amin.

2. Uztaz tersebut juga menyebut tentang soaljawab di alam kubur.....susah senang, singkat cepat soaljawab itu bergantung kepada amalan kita ketika hidup.....
Uztaz tu kata...andaikata kita mahukan 'peguambela' semasa soaljawab kita di alam kubur bersama malaikat Mungkar & Nangkir....kita digalakkan mengamalkan membaca Al Quran sebelum waktu subuh....Insyallah keberkatan & rahmat amalan membaca Al Quran sebelum masuk waktu solat subuh ini akan menjadi 'peguambela' kita bila disoaljawab oleh Mungkar & Nangkir.
Terkedu aku mendengar statement ini.....kenangkan kekurangan diri aku yg tak pandai membaca Al Quran dgn fasih....Dik disebabkan bimbang bacaanku tak betul...Lately, aku baca ikut bacaan drp laptopku sj.....Kalau macam ni.....Layakkah aku dpt 'peguambela' dalam kuburku nanti?......astagafirullah.
Ya Allah permudahkan aku membaca Al Quranmu....permudahkan lah alam kuburku.....amin


U all semua macamane pulak? Bagi yg tiada anak  ...usah bimbang u all masih ada anak buah tak pun ambil anak angkat untuk dididik menjadi anak soleh yg dpt membantu kita di alam kubur & akhirat kelak.

Pandai mengaji Al Quran x? Alhamdullilah kalau pandai...so amalkan lah membacanya.....bg yg tak pandai macam aku...kena kita usaha belajar ye atau cari alternatif lain utk atasi kelemahan kita....insyallah Allah Maha Mengetahui & Maha Penyayang.....

Semoga kita semua membuat persiapan yang baik menghadapi MATI kita yang entah bila & bagaimana, semoga kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah & mati syahid  serta dapat 'peguambela' di alam kubur kelak agar dipermudahkan segala urusan alam kubur & akhirat kita kelak....insyallah....amin...Ya Allah amin. 





Isnin, Februari 11, 2013

Selamat Hari Lahir Ayah


بسم الله الر حمن الر حي
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sambutan yg sungguh sederhana ....just utk meraikan ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta d usia 70 tahun. Itu pun sambut awal seminggu drp tarikh sepatutnye iaitu  02 Februari atas kekangan masa  dan; tuntutan tjwb yg d amanahkan pd aku di tempat aku mencari rezeki....

Inilah situasi anak rantau seperti aku yg kdgkala terpaksa berebut mencari masa utk bjumpa dgn
 ayahbonda yg berada jauh d mata...

kek piliham syahmi...ikut selera dia la gamaknyer......huhuhu




Walaupun ketika ini hanya aku, hubby, anakku Syahmi, anakku Sarah meraikan sambutan ini bersama ayah & mak......alhamdullilah ianya amat bermakna dlm hidup kami....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails