Sabtu, Oktober 23, 2010

NIKMAT DUNIA TERLALU SINGKAT UMPAMA AIR YANG MENITIS DI HUJUNG JARI


Satu lagi sebaran perkongsian ilmu.....

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa sallam bersabda,

“Demi Allah, DUNIA ini dibanding AKHIRAT ibarat seseorang yang mencelupkan JARINYA ke LAUT; air yang TERSISA di JARINYA ketika diangkat itulah NILAI DUNIA ( akhirat = LAUT) ” (HR Muslim).

Bagaimana untuk memahami hadits di atas?

Kenikmatan di akhirat adalah kenikmatan di SURGA yang luasnya seluas LANGIT dan BUMI

Allah SWT berfirman : " Dan BERSEGERALAH bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada SURGA yang luasnya SELUAS LANGIT dan BUMI yang disediakan untuk orang-orang yang berTAKWA." (QS. Ali Imron : 133)

Adakah yang sesiapa di antara yang telah berjaya menembus batas LANGIT? Sampai sekarang tidak seorangpun yang mengetahui batas langit terluar. Sehingga diibaratkan LANGIT ini adalah LAUT, maka BUMI - bahagian kecil dari LANGIT- hanyalah umpama setitis air yang tersisa di jari bila dicelupkan ke LAUT.

Dan keniikmatan yang lebih indah dari syurga adalah 'merasakan' redha Allah dan kesempatan berjumpa dengan 'WAJAH'' Allah, Inilah puncak segala kenikmatan. Ketika itu kita akan benar-benar memahami hadits : " Allah itu INDAH dan suka dengan KEINDAHAN"

Kenikmatan di Syurga adalah kenikmatan yang tidak mampu dibayangkan manusia, di sana banyak keindahan yang tak pernah dilihat oleh mata, keindahan suara yang tak pernah didengar telinga, kenikmatan rasa yang tidak pernah dirasa oleh lidah, dan perasaan damai dan ketenangan yang sesungguhnya.

Oleh itu, janganlah Silau dengan kenikmatan Dunia ... Semua itu hanyalah ujian dari Allah, untuk melihat siapa-siapa yang menjadi hamba-Nya dan siapa-siapa yang menjadi HAMBA DUNIA dan hawa nafsu syaitan...

Yang menjadi HAMBA2 ALLAH ...mereka layak mendapatkan KENIKMATAN HIDUP yang SESUNGGUHNYA di SYURGA.

Yang menjadi HAMBA2 DUNIA dan hawa nafsu SYAITAN ....maka mereka layak bersama para SYAITAN di NERAKA yang MENYALA MEMBARA.

Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'Aala, selalu membimbing kita dan melindungi kita dari pujuk rayu SYAITAN agar selamat dari SIKSA NERAKA dan semoga mampu menuju ke SYURGANYA yang tiada tara, tiada terbayang, tiada terbatas NIKMATnya.., amiin

Wallahu a'alam.....

Khamis, Oktober 21, 2010

KEAJAIBAN SOLAT


Satu lagi perkongsian ilmu...........

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.


Sabtu, Oktober 16, 2010

JOM EXAM PTK 2010 !

Assalamualaikum semua & Salam Sejahtera semua.....

Hari ini di seluruh Malaysia, kebanyakan cikgu-cikgu DG 32 & DG 41 yang layak akan menduduki exam PTK pkul pd 9am & 2 pm....semoga Allah permudahkan tugas kami menjawab exam ini & memberi ilham kpd kami tuk memilih jawapan yg paling tepat...amin....semoga sume akn sukses dpt 4...tambahan plak bajet 11 tadi kata nk mansuhkan PTK ni mulai Jun 2011..

Tahun lepas aku sudah pun dapat 4 untuk paper p&p....so tahun ni aku hanya perlu menduduki paper kompetensi umum saja lagi...paper ni mmg agak susah....tapi isyaAllah berkat bantuan Allah moga-moga aku dapatlah lulus paper ni plak....dpt gak tambah rezeki utk anak2 tahun depan....amin...

Aku sendiri tidak sempat hendak menelaah buku - buku PTK kerana bz dgn team futsal sekolah & ada urusan kebangsaan yg lebih penting yg perlu disettlekan. So ada tidak pun aku buat latihan secara online di http://www.teachersrock.net ...thanks utk warga MPSS yg sudi menyediakan latihan online tuh...


Haaaa....mcm nilah rupanyer cikgu-cikgu menjawab PTK...:)
PTK di bawah seliaan MPM
Buku ada tapi tak sempat nak menelaah.... :)

Khamis, Oktober 14, 2010

JOM AMALKAN!


  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sabtu, Oktober 09, 2010

SMS RAYA YG BEST AKU TERIMA TAHUN INI


Inilah di antara sms yg aku terima pada sepanjang Syawal yg lalu...Sms - sms ini merupakan petikan sms yg paling mencuit hatiku...Thanks semua


1) From : Cikgu Zimah

Dalam durau ada terkata,
dlm bicara terkasar bahasa,
dlm tindakan terguris rasa,
dlm hidup kadangkala tak terlepas dr dosa,
dlm hubungan ada sengketa,
dalam janji mungkir terpaksa,
ampun dan maaf dipinta,
semoga terampun dosa.
SELAMAT HARI RAYA.



2)From : Suhaimi

Biar kulit segelap ALMOND LONDON, asal hati sesuci KUIH BANGKIT,



Biar iman sekental DODOL, jgn senipis REMPEYEK,

Biar jiwa selembut BAULU,asal akhlak secantik biskut DAHLIA,


Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang disambut lebih bermakna.
"SALAM AIDIL FITRI MINAL AIDIL WAL-FAIZIN - MAAF ZAHIR BATIN."





3) From : Sue
Kadang kala mata salah melihat,
Mulut salah berkata,
Telinga salah mendengar,
Hati pula salah menduga,
Justeru itu maaf dipinta , zahir & batin di aidil fitri yg mulia.



4) From : Cikgu Tapa
Tunggu - tunggu rayo dah dokek,
baka lomang robuih ketupek,
nak anta kad rayo da tak sompek,
anta sms yo yang copek...
"SELAMAT HARI RAYA"



5) From: Cikgu Haslina

Di Aidil Fitri mulia, maaf dipinta andainya:
TERkasar bahasa...
TERsilap bicara...
TERmarah yg tak kena....
TERtanya tak tentu hala...
TERsasul yg tidak sengaja....
TERgurau kat mana-mana....
TERpekik di telinga....
TERhantuk di kepala....
TERmoody tak semena-mena.....
TERumpat bila-bila.....
TERusik yg tak sepatutnya....
Maafkanlah SEKIRANYA diri ini bersalah....
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...Maaf Zahir Batin


Rabu, Oktober 06, 2010

KEK BATIK


Bahan - bahannya :

4 biji telur

¼ cawan Milo

170gm mentega ( nak lagi sedap guna butter)

1 cawan susu pekat

½ cawan nestum

170 gm gula halus

½ cawan koko

1 cawan air

300 gm (Biskut marie (pecahkan 4 - @ sebungkus)

1 sudu ten esen vanilla / ros


Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.

Masukkan nestum, koko, susu pekat, esen dan air, kemudian kacau di atas api perlahan hingga pekat.

Masukkan biskut marie perlahan-lahan hinga sebati …jgn sampai biskut hancur .

Masukkan adunan ke dalam acuan @ bekas tekan sampai mampat.

Boleh masukkan dlm peti sejuk siap utk dihidangkan @ kalau suka boleh juga dibakar selama 30 minit.

Ahad, Oktober 03, 2010

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM @ KO KURIKULUM 2010

Memoir seorang guru : Kenangan terindah.... ketika aku sama-sama menghadiri ...
Program : Perkhemahan Unit Uniform SK Nuri, Johol, NSDK
Tarikh: 25 Jun 2010
Jawatankuasa: Masak...
Biasalah post ni yg selalu aku join setiap kali sekolah tempat aku mencari rezeki mengadakan program....aku pun sebenarnyer enjoy sangat dgn keje masak memasak ni...Seingat-ingat aku tahun ni da 10 tahun aku di sekolah ini...dan selama itu jugaklah aku n the geng akan jadi chef2nyer.Selalunya aku n the geng yg jadi chef2 x lain x bukan aku, kak tina, kak nozra n dak Gee...hihihihi....Tapi 2010 ni SK Nuri dapat lgi sorang cikgu yg ada talent jadi chef gak iaitu kak Liza Bahaman...sebenarnyer ramai lagi cikgu2 SK Nuri yg leh masak kawah ni..hihihi

Maslina jeling yo ko...hihihi...maslina ni our PAR... mmg best.... sonang dapat keje dgn adik sorang ni...
Haa yg bju hijau tuh ketua chef Cikgu Nor Liza Bahaman ...yg bju ren tu Cikgu Gee...mmg ligat buat keje u...
Alamak hai...muka da bau kari ayam ...
memang sakit pinggang dibuat eh...tapi seronok! betul x kekwn...?
Pertandingan gajet...bestlah tengok bakat terpendam bdk2 ni...
tak nampak plak...sebenanyer yg aku pegang no papan tanda TKRS...tahniah kreatif
Bangga dgn kreativiti guru-guru penasihat Persatuan Puteri Islam...ini pintu masuk khemah mereka.
Da puas masak tadi...skrg giliran aku plak tgok bdk2 sekolah aku masak cekodok ...pertandingan tau...
Haa...ni yg nk test siapa layak jadi menantu teacher ni....hihihiTengoklah GPK 1 v all Pn Hjh Hamijah turut turun padang....dia tgh perhatikan cikgu Nor Zrah mngacau gulai.... x pe kak Nor ni x masuk dlm SKT kiter.....hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails