Sabtu, Mei 14, 2011

HABUAN HARI GURU 2011...Tungguuuu!

Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Hayatilah bait - bait puisi ini...

pelajar rendah

tugasku kini sebagai guru
setiap hari membelek buku
jam tujuh sudah memandu
pulangnya nanti pukul satu

kerja cikgu memang begini
pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti

guru ada bermacam ragam
guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam

guru hanya seorang manusia
salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga

aku memang seorang guru
juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru



* Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Maha Adil...semoga Allah memberkati segala usaha kita :)

Jom baca rencana penuh mengenai janji Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di http://www.tehramuan.com/aku-seorang-guru.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails