Ahad, Mei 08, 2011

SELAMAT HARI IBU

Bondaku yang tersayang ROBIAH BT KHALID

Hari ini 8 Mei 2011 merupakan tarikh keramat buat segolongan umat manusia menyambut HARI IBU...Walaupun sebenarnya ada juga terdapat masyarakat yang menyambutnya pada tarikh yang berbeza, contohnya masyarakat di Mongolia menyambut Hari Ibu sebanyak 2 kali setiap tahun.

Walauapapun...bagi saya SETIAP HARI ADALAH HARI IBU... Apa yang penting janganlah kita menyakitkan hati ibu kita.Biarlah ibu kita menitiskan airmata kegembiraan,dan jangan buatkan ibu kita mengalirkan airmata kesedihan.

Buat anak- anak lelaki usah jadi Si Tanggang atau Al Qamah yg melebihkan isteri daripada bondanya sendiri hingga mengecilkan hati ibu...

Buat ibu semua ingatlah peranan kita seorang wanita sebagai SEORANG IBU iaitu...
a) ibu, teman setia
b) pendidik
c) penghibur
d) pembela keluarga
e) pemelihara maruah keluarga

Disamping itu, jadilah wanita yang hebat dengan mengamalkan :-
a) Niat yang ikhlas dalam setiap amalan & perbuatan kita untuk suami,anak2 keluarga dan masyarakat.
b) Bersabar menghadapi setiap sikap mazmumah insan2 di sekeliling kiter.
c) Perbaiki amalam kiter
d) Bersangka baik dengan ahli keluarga kiter
e) Berdoa mohon kekuatan & keberkatan daripada Allah dalam menjalankan peranan kiter sebagai isteri & ibu kepada anak2 kiter.....aminn

Sesungguhnya kiterlah inspirasi keluarga kiter.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails