BAHAN-BAHAN
Lapisan pulut:
170 g beras pulut – rendam semalaman
1 biji kelapa parut putih – ambil 180 ml pati santan dan 145 ml santan kemancar
2 helai daun pandan
sedikit garam
Lapisan atas:
40 g tepung gandum
165 g gula pasir
180 l pati santan
3 biji telur
35 ml air daun pandan pekat
CARA
- Panaskan pengukus.
- Masukkan pulut ke dalam loyang bersama santan cair, garam dan daun pandan. Kukus sehingga pulut masak. Tekan dan kukus semula.
- Kacau gula dan telur sehingga sebati dan masukkan santan
- Kacau hingga gula larut dan masukkan tepung. Masukkan air pandan dan kacau rata.
- Apabila sebati tapis adunan dengan kain maslin.
- Masukkan ke atas bahagian pulut yang telah ditekan dan kukus lagi.
- Pastikan api kukusan agark sederhana besar.
- Kukus sehingga lapisan atas tidak goyang lagi.
- Biarkan sejuk barulah dipotong.
- Hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan